Success Story


Ana, from Zero to Hero


7 November 2019 – Shah Alam. One of our participants who have been following our program religiously from 1T1K 0.0 to 1T1K 4.0 over the span of 3 years (1 Telecenter 1 Komuniti) Pn. Maziana Rosli is a community member from Section 24 Shah Alam. Pn Maziana or better known as Kak Ana also doubled as a committee member to the Section 24 Al-Ehsan Mosque. Kak Ana is a 48 years old housewife who started her business selling Malaysian traditional cakes (kuih) in-front of her house and individual orders.


Upon the launching of 1T1K, Kak Ana, committee members and the Section 24 community members have been taking part in all activities organized for 1T1K program. After 4 cycles of 1T1K activities, Kak Ana has acquired knowledge from computer literacy, creating an on-line business with mudah.my and promotion of her on-line business with Ali Baba instructors.


The skills and knowledge gathered from the program are applied to her business resulting Ana Maziana Resources to start picking up. Ana Maziana Resources provided catering services and supply foodstuff to larger known companies like Toyota factory, school canteens, UiTM cafés and many more. There were times that she was swamped with orders that Kak Ana has to politely decline the orders.


Before enrolling with 1T1K program, Kak Ana used to earn around RM1,000 a month but now Kak Ana earns roughly around RM 5,000 to RM10,000 a month. Kak Ana now caters for mid-sized events and has introduced new line of food products to her menu. To accommodate with the high volume of orders, Kak Ana has to employ her neighbours to prepare some of her dishes. Indirectly, she has provided spill-over effect to her neighbours.


When asked about her future plans, Kak Ana plans to find a larger space and employ some of her community members to work with her. Kak Ana is a classic example of a success story of a community member who used to receive benefit from income tax and now a successful tax payer.




Pertandingan Stem – Komuniti Lestari

Pada 12 Oktober 2019 Stem Rangers FSKM telah bertugas di Pertandingan STEM "Komuniti Lestari" yang telah berlangsung di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan di Off Jalan Duta KL. Pertandingan ini adalah anjuran bersama Yayasan Amal Tenaga (TNB), Kementerian Pendidikan Malaysia, Berkat Minda Resources dan STEM@UITM. Pertandingan telah disertai oleh 265 pelajar T1 - T3 dari 23 buah sekolah dari sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Dalam pertandingan ini pelajar dikehendaki membina satu model 3-D bandaraya lestari yang mengambilkira elemen-elemen seperti penjanaan tenaga hijau, sistem pengurusan dan pelupusan sisa yang lestari, susunan dan sistem infrastruktur yang cekap dan mesra alam serta system pertanian lestari. Selain FSKM, STEM Rangers dan fasilitator-fasilitator juga terdiri kalangan pelajar dan pensyarah FKA, FKM dan FKK.





Tuisyen Matematik
(Mei – November 2017)


Tuisyen Matematik telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Seksyen 24(2), Shah Alam untuk pelajar Tingkatan 4. Antara objektifnya adalah untuk membimbing pelajar yang lemah di dalam matapelajaran Matematik, mengeratkan hubungan antara FSKM, UiTM dengan sekolah di sekitarnya, menarik minat pelajar sekolah untuk meminati matematik serta mempromosikan program akademik FSKM kepada pelajar sekolah menengah.




Program Rekreasi Matematik dan Seni
(Oktober 2017)


Program Matematik dan Seni juga telah diadakan di Sekolah Menengah Sek 24 (2) pada 28 Oktober 2017. Pelbagai aktiviti rekreasi dan seni yang menggunapakai konsep matematik telah dijalankan bagi memupuk minat terhadap matematik di kalangan pelajar-pelajar di sekolah ini. Perlaksanaan aktiviti-aktiviti telah dijayakan bersama-sama oleh pelajar-pelajar FSKM, pensyarah, guru-guru dan juga sebahagian pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 Sek Men Sek 24 (2). Sumbangan hadiah telah diberikan kepada kumpulan pelajar yang berjaya menyelesaikan tugasan/aktiviti yang diberikan.



Tuisyen Matematik
(April – Oktober 2018)


FSKM telah mengadakan program tuisyen dengan melibatkan sekolah Seksyen 24(2) Shah Alam. Pelajar yang dipilih terdiri daripada pelajar tingkatan 4 yang berminat untuk mengikuti dan keutamaan ditawarkan kepada pelajar dari keluarga dalam kategori B40.


Tuisyen diadakan secara berkala sekali seminggu dan telah diadakan sebanyak 10 kali. Topik yang diajar telah dikenal pasti oleh guru panitia matematik dan dipantau oleh Cikgu Azwa Asila. Disamping memberi tunjuk ajar menjawab soalan matematik, fasilitator juga cuba membantu pelajar berkenaan menanamkan rasa minat terhadap subjek matematik di kalangan peserta. Dengan ini, adalah diharapkan pelajar akan minat terhadap matematik dan memilih aliran sains apabila mereka melanjutkan pelajaran ke tingkatan 5, selaras dengan agenda Transformasi Pendidikan Negara supaya 60% pelajar tingkatan 4 memilih aliran sains.


Di samping itu, program ini dapat memberi peluang kepada FSKM dan UiTM menjalin hubungan yang rapat dengan sekolah dan masyarakat di sekitar Shah Alam. Pelajar yang menjadi fasilitator dapat mengasah kemahiran matematik, meningkatkan keyakina serta memupuk kemahiran memimpin disamping meningkatkan pencapaian pelajar sekolah dalam matematik.


Walaubagaimanapun, tuisyen ini kurang mendapat sambutan atas faktor-faktor berikut, antaranya, murid tiada pengangkutan sekiranya pulang lewat sepas pukul 1.20, murid terlibat juga dengan aktivti Kokurikulum dan murid mempunyai tuisyen di luar sekolah.