WIRASA 2017 telah belangsung pada 10 April - 22 April 2017 yang lalu. WIRASA 2017 adalah program anjuran Pusat Kebudayaan UiTM bersama Fakulti-fakulti UiTM Shah Alam. Terdapat 12 kategori acara yang dipertandingkan dalam WIRASA 2017. FSKM telah menghantar penyertaan bagi semua kategori yang  dipertandingkan. FSKM telah menjadi tuan rumah (penganjur) bagi pertandingan pantun yang berlangsung pada 15 April 2017 yang lalu.

Keputusan pertandingan telah diumumkan pada Malam Gala Wirasa yang diadakan pada 9 Mei 2017. Alhamdulillah pelajar-pelajar FSKM telah merangkul beberapa anugerah yang membanggakan FSKM.