Majlis Perasmian makmal Big Data Lab@UiTM dan pusat kecemerlangan penyelidikan Advance Analytics Engineering Centre (AAEC) telah dilaksanakan dengan jayanya. Peristiwa penting ini merupakan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi, FSKM UiTM dan Kumpulan Prestariang Berhad menerusi gabungan  pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam bidang Big Data Analytics. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi.