Hasil daripada sumbangan warga FSKM, pihak industri, NGO, alumni dan hamba-hamba Allah yang lain, dengan izinNya telah berjaya menaja kesemua 200 keluarga yang dipilih oleh Jawatankuasa Masjid Al Ehsan Seksyen 24 Shah Alam.

Berikut adalah maklumat untuk dikongsi bersama mengenai program ini.

1. Jumlah kutipan sumbangan daripada staf FSKM, pihak NGO, syarikat-syarikat, alumni dan orang perseorangan yang diterima adalah RM18821. Hasil daripada sumbangan ini, AJK telah membelanjakan kesemua wang sumbangan untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, minyak, tepung, gula dan beberapa lagi keperluan asas.

2. Terdapat jugak beberapa orang perseorangan dari syarikat luar yang menyumbang terus berbentuk barangan makanan kepada keluarga yang diraikan seperti kicap, sardin dan lain-lain lagi.

Wakil AJK bagi Program Warga FSKM UiTM Santuni Masyarakat Seksyen 24 Shah Alam mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dan menyumbang dalam menjayakan program ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Ribuan terima kasih kepada pelajar-pelajar dari Kelab Sains Aktuari, FSKM yang turut menyumbang masa dan tenaga dalam menjayakan program kemasyarakatan ini.