MINGGU PENGKOMERSILAN PRODUK FSKM EDISI 2, TAHUN 2017
“UNLEASHING POTENTIALS: IMAGINE, INNOVATE AND COMMERCIALIZE”
24 – 26 JULAI 2017, DEWAN AL-GHAZALI, FSKM

Minggu Pengkomersilan Produk FSKM (MPPF) Edisi 2 telah dirasmikan oleh YBhg Prof Dr Zaini Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat, Keusahawanan dan Alumni) pada 26 Julai 2017 lalu. Seramai 30 rakan industri FSKM telah menandatangani “non-disclosure agreement” (NDA) untuk menilai 150 produk pelajar tahun akhir (FYP). Hasil dua hari pameran ini, sebanyak 35 projek FYP telah dipilih sebagai projek terbaik dan borang “copyright” kesemua projek ini diserahkan kepada YBhg Prof Dr Noritawati Md Tahir, Pengarah RIBU.

Produk FYP bertajuk “Mining textual terms for stock market prediction analysis using financial news” oleh pelajar CS243, Mohamad Asyraf Safwan Bin Ab Rahman telah dinobatkan sebagai projek terbaik keseluruhan (‘Dean’s Award’), projek terbaik program dan kategori Sains Pengkomputeran. Beliau yang diselia oleh Prof Madya Dr Shuzlina Abd Rahman telah menerima hadiah wang tunai sejumlah RM 1,725.00 yang telah disumbangkan oleh Fakulti, Dekan FSKM, Alumni FSKM, dan Syarikat Nevis Ltd.

Manakala, produk FYP bertajuk “Vulnerability assessment of paddy production toward climate change in Peninsular Malaysia ” oleh sekumpulan pelajar CS241 bernama Norhusnani Bt Awang Kechik, Noor Fatin Atikah bt Norazman dan Muhamad Amaruddin bin Sohaimi,telah memenangi projek terbaik program dan kategori Sains Matematik dengan menerima wang tunai sumbangan Fakulti dan Alumni FSKM sejumlah RM 700.00. Projek ini telah diselia oleh Dr Hjh Zalina Zahid.

Di program ini juga, syarikat Nevis Ltd pula telah memilih lima projek kategori Sains Pengkomputeran berpotensi tinggi dan masing-masing menerima sejumlah RM100 yang disampaikan oleh En Afiq, wakil Nevis dan disaksikan oleh YBhg Prof Dr Zaini Abdullah, YBhg Prof Dr Azlinah Hj Mohamed, Dekan FSKM dan Prof Madya Dr Haryani Haron, Timbalan Dekan (Jaringan Industri, Masyarakat, Keusahawanan dan Alumni), FSKM.