JEMPUTAN KE PROGRAM IT WEEK DI BAWAH KARNIVAL GEGAR ILMUAN FSKM 2018

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas,

2. Untuk makluman tuan/puan, program IT Week yang kebiasaannya diadakan di peringkat pusat pengajian IT telah dipakejkan bersama program-program lain dari semua pusat pengajian di FSKM. Program yang dikenali sebagai Karnival Gegar Ilmuan ini bermula dari 1 hingga 7 Oktober 2018 (Minggu ke-5) yang mana ianya telah dilancarkan secara soft launching pada 21 September 2018 yang lalu. 

3. Sepanjang program Karnival Gegar Ilmuan itu berlangsung, terdapat pelbagai acara bagi program IT Week yang akan diseltkan bersama seperti butiran berikut:

Program Kidpreneurship 

Tarikh: 4 Oktober 2018

Masa : 9 pg - 4 ptg

Tempat: BK23 dan ruang legar berhadapan surau lelaki

 

Program IT Project Showcase & FYP Senior Student Sharing Session

Tarikh: 4 & 5 Oktober 2018

Masa: 9 pg - 4 ptg

Tempat: USE Lab & BK26

 

Program FSKM Dedication Day (Day They Care Shown)

Tarikh: 4 & 5 Oktober 2018

Masa: 9 pg - 4 ptg

Tempat: Laman Najib

 

Program Kemuncak IT Week & IT Industrial Talk (Rujuk Lampiran Kad Jemputan)

Tarikh: 6 Oktober 2018

Masa: 8 pg - 1 ptg

Tempat: DK2

4. Maka dengan itu, selaku Pengurus Program IT Week,  saya dgn berbesar hati menjemput warga FSKM untuk sama2 menyokong usaha keras pelajar-pelajar kita dan memeriahkan program tersebut. Segala kerjasama semua berhubung perkara ini saya dahului dengan jutaan terima kasih.

 

Download Invitation Here : Invitation Card