UCAPAN PENGHARGAAN DAN TAHNIAH TIMBALAN DEKAN (PJIMA & ICAEN)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera kepada semua warga FSKM

YBhg. Prof / Datin / Dr / Tuan / Puan yang dikasihi sekalian,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 
  
Terlebih dahulu pihak Fakulti ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada  Prof Madya Dr Haryani Haron di atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah diberikan kepada Fakulti sepanjang memegang  jawatan sebagai Timbalan Dekan (PJIMA & ICAEN), FSKM yang telah tamat pada 30 September 2018.  Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni yang telah beliau laksanakan. Pihak Fakulti mendoakan agar beliau dapat terus menyumbangkan pendapat danbuah fikiran agar dapat mengukuhkan lagi struktur akademik di FSKM khususnya dalam bidang penyelidikan.

Sukacita Fakulti mengucapkan tahniah kepada Dr. Marina Yusoff atas lantikan sebagai Timbalan Dekan (PJIMA & ICAEN), FSKM bagi tempoh dua (2) tahun berkuatkuasa pada  01 Oktober 2018 hingga 30 September 2020. Fakulti berharap dengan pelantikan ini akan mendorong Dr. Marina Yusoff untuk terus memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi seterusnya dapat menyumbang bakti kepada Fakulti dan Universiti. 
 
Sebagaimana semua warga Fakulti telah memberi kerjasama dan sokongan kepada Prof Madya Dr Haryani Haron semasa menjawat jawatan tersebut, saya juga berharap agar sokongan padu dapat diberi kepada Dr. Marina Yusoff dalam melaksanakan tugas sebagai Timbalan Dekan (PJIMA & ICAEN), FSKM.