Assalamu’alaikum wbkt dan salam sejahtera,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Minggu Pengkomersilan Produk Fakulti (MPPF) Siri ke-5 Bil 1/2019 anjuran Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, FSKM akan diadakan dari 22 dan 23 Januari 2019.

 

Pembentangan projek ilmiah tahun akhir (FYP) ini adalah program tetap yang diadakan pada setiap hujung semester. Program ini menyediakan platform untuk para pelajar membentangkan hasil kajian projek mereka secara individu (CSP650) atau secara berkumpulan (MSP660) mengikut keperluan program masing-masing.

 

MPPF kali ini akan mempamerkan lebih 300 projek Tahun Akhir (FYP) (CSP650 & MSP660)  dimana 582 orang pelajar akan terlibat dengan penglibatan industri seramai 20 orang dan seramai 184 orang pensyarah yang akan menjadi panel penilai projek.

 

Agenda MPPF Siri ke-5 Bil 1/2019 adalah seperti berikut:

 

Tarikh

Masa

Program

Tempat

22 Januari 2019

(Selasa)

8:00 pg – 9:00 pg

·  Minum pagi

·   Khemah/CS2

9:00 pagi – 12:00 ptg

·  Pembentangan & Penilaian Projek MSP660

·   DAG, TH1 – TH4

·  Pembentangan & Penilaian Projek CSP650

·   BK16-35, Makmal 14 – 20, Makmal IIS, PhoneLab

12:00 tgh – 2: 00 ptg

·  Makan tengahari

·   Khemah/CS2

23 Januari 2019

(Rabu)

8:00 pg - 9:00 pg

·  Minum pagi

·   Khemah

9:00 pg – 11:00 pg

·  Pembentangan & Penilaian Projek MSP660 &CSP650 oleh professor & industri

·   DAG

12:00 tgh - 1:00 tgh

·  Majlis Kemuncak MPPF

·   DAG

1:00 tgh – 2:30pm

·  Makan tengahari

·   Khemah

 

Oleh itu, bagi pihak sekretariat MPPF, kami dengan rasa rendah hati menjemput warga FSKM untuk membantu serta memeriahkan program ini.  

 

Kerjasama warga FSKM didahului dengan jutaan terimakasih. 

 

Segala kesulitan amat dikesali. Moga segala urusan kita dipermudahkan olehNya.

 

Wassalam

Dr. Hasfazilah Ahmat

Pengerusi Projek

MPPF Siri ke-5 Bil. 1/2019