Print

SEMINAR KEBANGSAAN INSTITUT STATISTIK MALAYSIA KE-13 (SKISM-XIII) & MESYUARAT AGUNG 

             SKISM XIII telah berjaya diadakan pada 30 Mac 2019 bertempat di Dewan Al-Ghazali, FSKM, UiTM Shah Alam. SKISM adalah merupakan aktiviti ilmiah tahunan Institut Statistik Malaysia (ISM) yang telah diadakan semenjak tahun 2007. Pada tahun 2019, UiTM telah terpilih sebagai menganjur bersama dengan tema “Analitik Data: Peranan Statistik Dalam Penyelesaian Masalah”. Tujuan seminar ini diadakan bagi mengumpulkan ahli akademia, penyelidik, saintis dan pengamal industri dari seluruh Malaysia untuk memupuk kerjasama dalam bidang Sains Statistik melalui perkongsian idea dan perbincangan penyelidikan. Disamping itu, Mesyuarat Agong Tahunan ISM juga telah dijalankan yang  bertujuan untuk membincangkan berkenaan halatuju bidang Sains Statistik melalui kegiatan dan aktiviti yang bakal diadakan bagi merancakkan lagi peranan ISM dan Universiti awam dan swasta serta sektor kerajaan dan industri dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Dalam seminar ini, ucapan perasmian oleh YBhg. Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia  telah disampaikan oleh Timbalan Perangkawan Malaysia Puan Nazaria Bt Baharudin. Majlis juga telah dimeriahkan dengan ucapan dari dua penceramah jemputan iaitu  Prof Dr Abdul Aziz  mewakili ahli akademik dan Puan Fatimah Almah Saaid yang merupakan Data Scientist Telekom Malaysia bagi mewakili pengamal industri. Sesi pembentangan selari turut diadakan melibatkan 14 abstrak kertas kerja. SKISM juga telah diserikan dengan Booth Pameran oleh Jabataan Statistik Malaysia (DOSM) yang diketuai oleh En William Chin.

Diharap dengan penganjuran SKISM 2019 di FSKM dapat membuka ruang bagi mempertingkatkan hubungan kolaborasi dan budaya ilmiah antara penyelidik, cendekiawan, ahli akademik dan pengamal industri.  

Jawatankuasa SKISM 2019 merakam setingggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pengurusan FSKM, ISM, DOSM, pembentang kertas kerja dan semua peserta di atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan SKISM 2019.

“Bersama Memasyarakatkan UiTM” Nukilan:

Dr Norshahida Shaadan – Pengerusi SKISM 2019