JEMPUTAN KE PROGRAM HARI ANTI DENGGI FSKM 2019

 

 

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Pembangunan Akademik Pelajar (JTPAP) dan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (MPPSM) telah meluluskan Penganjuran Program Hari Anti Denggi FSKM seperti butiran berikut:-

 

Tarikh       :  22 November 2019 (Jumaat)

Masa         :  8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah hari 

Tempat     :  Dewan Kuliah 1 dan sekitar FSKM

Pakaian    : Pakaian Sukan 

 

 Tentatif Program

 

MASA

AKTIVTI

TEMPAT

8.00 PAGI - 8.45 PAGI

 

Ø  Pendaftaran Pelajar

Ø  Makan Pagi Pelajar & Staf

 

Ø  Laman Najib

Ø  Laman Najib

8.45 PAGI-  9.00 PAGI

 

Ø  Ucapan Aluan

Dr Shaharuddin Cik Soh

Timbalan Dekan HEP FSKM

 

Ø  Dewan Kuliah 1 FSKM

9.00 PAGI – 10.00 PAGI

 

Ø  Ceramah Pembasmian Denggi

Dr Nurfazlinda Md Shah

Ketua Unit Kesihatan Awam

Unit Kesihatan UiTM

Ø  Dewan Kuliah 1 FSKM

10.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

Ø  Gotong Royong

 

Ø  Sekitar FSKM

 

  **Taklimat pembahagian kumpulan dan kawasan gotong royong akan diumumkan sejurus tamat sesi ceramah.

   

Sehubungan itu dijemput semua kakitangan akademik dan pentadbiran yang berkelapangan untuk sama - sama hadir menjayakan program tersebut

 

Segala kehadiran dan kerjasama yang diberikan oleh  YBhg. Prof//Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.   

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

 

Yang benar

MOHAMAD LOTFI MOKHTAR

Pegawai Eksekutif

 

b/p Timbalan Dekan (HEP)