THE OPPORTUNITIES TOWARDS DIGITAL INNOVATION AND ENTREPRENEURSHIP IN MALAYSIA 

Program The Opportunities Towards Digital Innovation and Entrepreneurship in Malaysia telah diadakan pada 18 April 2019 di Dewan Kuliah 1, FSKM. Seramai 200 orang peserta pelajar tahun akhir di bawah kod Kursus ENT 600. Tetamu jemputan adalah Prof Adjung Datuk Yasmin Mahmood yang merupakan Non Executive Chairman POS Malaysia. Objektif program ini diadakan adalah untuk mendedahkan para pelajar mengenai digital inovasi dan keusahawanan di Malaysia. Datuk Yasmin juga berkongsi perkembangan terkini dalam bidang kepakaran yang wujud berkaitan keusahawanan.