MARKET TRADING WORKSHOP WITH ALUMNI

Program ini diadakan pada 4 Mei 2019 bertempat di FSKM. Program ini melibatkan peserta seramai 28 orang yang terdiri daripada satu orang staf dan 27 orang pelajar. Tetamu jemputan adalah Encik Syamim Matahir dari Ambank. Program ini telah memberikan pendedahan kepada pelajar untuk memahami pergerakan saham; membantu para pelajar membuat persiapan untuk ke dunia pekerjaan dengan menggunakan ilmu yang telah diberikan daripada program ini dan membolehkan para pelajar menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mengenai isu semasa khususnya etika, tanggungjawab sosial, korporat dan juga kemampanan.