Objektif Kualiti FSKM

 Objektif kualiti FSKM bagi tahun 2016-2017 adalah untuk memastikan:

  1. 80% graduan mendapat pekerjaan semasa konvokesyen.
  2. 2.5% graduan menjadi teknousahawan semasa konvokesyen.
  3. 90% pelajar peringkat Sarjana Muda menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan (GOT).
  4. 60% pelajar peringkat Sarjana secara kerja kursus sepenuh masa menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan (GOT).
  5. 1% pelajar peringkat pasca siswazah secara penyelidikan sepenuh masa menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan (GOT).
  6. Semua kurikulum bersifat kerja kursus disemak selewat-lewatnya setiap 4 tahun bagi program yang tempoh pengajiannya kurang dari 4 tahun.
  7. 35% daripada pensyarah berkelayakan Doktor Falsafah.
  8. 10 pelajar menamatkan program pengajian Ijazah Kedoktoran setahun.
  9. 51 penerbitan dalam jurnal berindeks setahun.
  10. Jumlah geran penyelidikan mencapai RM1 juta setahun.

 Visi FSKM

Fakulti yang mengungguli kesarjanaan dan kecemerlangan akademik berintensifkan penyelidikan serta melahirkan teknousahawan pengkomputeran dan matematik.

Misi FSKM

Mempertingkatkan keilmuan, kepakaran dan profesionalisme melalui ekosistem pendidikan dan penyelidikan berinovasi serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

 

Head of FSKM Quality Unit

Assoc. Prof. Dr. Maheran Mohd Jaafar