IT WEEK MSC IT

IT WEEK MSC IT

Bertemakan "Catalyzing Digital Generation Into Future Technology”, Pusat Pengajian Teknologi Maklumat telah menganjurkan Program IT Week pada 23 April 2019 hingga 27 April 2019.  Program ini melibatkan 107 peserta yang terdiri daripada 7 orang staf dan 100 orang pelajar. Tiga orang tetamu dari Alvina Empire Sdn. Bhd., N2N Connect Berhad dan Hornbill Security Solution Sdn Bhd & A Two Y Global Sdn Bhd telah dijemput untuk menjayakan program ini. Objektif program ini diadakan adalah untuk menghasilkan pengetahuan berbentuk deskriptif, diagnostik, prediktif dan preskriptif kepada pelajar dalam membantu organisasi membuat polisi dan perancangan dengan lebih pantas, tepat dan proaktif, ICT dan memberi pendedahan mengenai perancangan dan cabaran bagi pengurusan projek.