FUTURE OF WORK: GIG, FREELANCE AND SHARING ECONOMY

FUTURE OF WORK: GIG, FREELANCE AND SHARING ECONOMY

Pada 11 Oktober 2019, bersempena dengan program Week Without Wall 2019, Pusat Pengajian Sistem Maklumat telah mengadakan program 'Future of Work: GIG, Freelance and Sharing Economy' bertempat di Dewan Al-Ghazali (DAG). Program ini melibatkan peserta seramai 100 orang termasuk pensyarah dan pelajar-pelajar dari CS240, CS243, CS244, CS251. Penceramah Jemputan adalah Ms. April Rinne dan Encik Mohd Redzuan Affandi bin Abdul Rahim dari Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).. Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar akan pekerjaan pada masa depan yang dapat meningkatkan ekonomi dan innovasi individu, memberi peluang kepada para pelajar untuk mendengar penjelasan dan pengalaman daripada individu yang lebih berpengalaman akan ekonomi dunia dan memberikan  perkongsian kepada pelajar tentang pekerjaan dalam bidang teknologi yang akan datang.