Pensyarah FSKM Berkongsi Kepakaran Data

Pensyarah FSKM Berkongsi Kepakaran Data

Baru-baru ini Khazanah Research Institute telah melancarkan laporan 'The School-to-Work Transition of Young Malaysians' pada 12 Disember 2018 bertempat di Mercu UEM. Laporan tersebut dilancarkan oleh Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Managing Director, Khazanah Research Insitute. Dalam menghasilkan laporan ini, Khazanah Research Institute menjalankan usahasama dengan beberapa universiti tempatan. Sekumpulan pensyarah dari PPSSP, FSKM telah terlibat dengan penyelidikan ini sebagai Data Coordinator.Pensyarah-pensyarah yang terlibat adalah PM Dr. Zamalia Mahmud, Pn. Haliza Hasan, Dr. Hasfazilah Ahmat dan Dr. Adzhar Rambli.
-Penulis : Dr Adzhar Rambli-