Keunggulan Aplikasi KitaFSKM Terserlah di Idea Unggul @UiTM2020

Baru-baru ini ,pasukan FSKM dinobatkan sebagai juara keseluruhan di Pertandingan Idea Unggul @ UiTM 2020  menewaskan 60 pasukan lain. Pasukan FSKM yang menggelarkan diri mereka Young Blaze terdiri daripada Dr Muhammad Izzad Ramli (Ketua), Dr Maslina Abd Aziz dan Encik Muhammad Azizi Mohd Ariffin mempertandingkan “KitaFSKM: Aplikasi Mudah Alih Untuk Penyebaran Maklumat Secara Pantas di Kalangan Pelajar Bagi Mengekang Penularan COVID-19”.

 Selain menjadi juara keseluruhan , Young Blaze turut memenangi Anugerah Inovasi Pengurusan (Penciptaan), Anugerah Penarafan Emas dan Anugerah Idea Kreatif. Menurut kumpulam Young Blaze, mereka membuat persediaan rapi untuk bertanding dalam Idea Unggul @ UiTM. Antara persediaan yang telah dilakukan adalah mengadakan bengkel-bengkel permurnian idea, mengadakan uji-lari produk dan mempromosi aplikasi ini di kalangan pelajar dan pensyarah.