Pelajar dan Komuniti Menjayakan Program 1 Telecenter 1 Komuniti (1T1K 3.0)

Pelajar dan Komuniti Menjayakan Program 1 Telecenter 1 Komuniti (1T1K 3.0)

Bagi mendedahkan ilmu perniagaan terkini membabitkan elektronik dagang, seramai 80 mahasiswa Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, menjayakan program '1 Telecenter 1 Komuniti (1T1K 3.0)', bersama komuniti Seksyen 24, di sini pada  24 November yang lalu. Memasuki siri ketiga penganjuran, program berbentuk khidmat masyarakat ini diperhebat menerusi kerjasama Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan (PJIMA) dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), FSKM. 1T1K 3.0 menampilkan kelainan berbanding penganjuran sebelum ini yang memberikan kemudahan infrastruktur seperti komputer. Pada kali ini, 1T1K 3.0 menumpukan kepada penganjuran tiga sesi bengkel. Menurut Ketua Program 1T1K 3.0, Nur Iqmal Kamarudin berkata modul semasa bengkel yang dsampaikan kepada peserta mudah difahami, malahan mereka dapat melaksanakan tugas yang diberi seperti membuka email sendiri ,menggunakan platform e-dagang dan perbankan atas talian. Perlaksanaan 1T1K 3.0 turut membuka ruang dan peluang menerusi latihan praktikal, sekali gus merapatkan jurang digital komuniti yang kurang pendedahan dalam aspek berkenaan.

User Statistics

Today 42

Yesterday 358

Week 42

Month 13650

All 988253

Currently are 9 guests and no members online

Contact Us

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
BANGUNAN AL-KHAWARIZMI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM SELANGOR.


Email: dean@fskm.uitm.edu.my

Phone: 603-55435329

Fax: 603-55435501