UCAPAN PENGHARGAAN DAN TAHNIAH KETUA PUSAT PENGAJIAN SAINS AKTUARI

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TAHNIAH KETUA PUSAT PENGAJIAN SAINS AKTUARI

 

 

 

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 
  
Terlebih dahulu saya bagi pihak Fakulti ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada  Dr Nurin Haniah Asmuni di atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah diberikan kepada Fakulti sepanjang memegang  jawatan sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Aktuari, FSKM yang telah tamat pada 31 Ogos 2018.  Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni yang telah beliau laksanakan. Pihak Fakulti mendoakan agar beliau dapat terus menyumbangkan pendapat dan buah fikiran agar dapat mengukuhkan lagi struktur akademik di FSKM khususnya dalam bidang Sains Aktuari.

Sukacita Fakulti mengucapkan tahniah kepada Dr Norazliani Md Lazam atas lantikan sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Aktuari, FSKM bagi tempoh dua (2) tahun berkuatkuasa pada  03 September 2018 hingga 03 Ogos 2020. Fakulti berharap dengan pelantikan ini akan mendorong Dr Norazliani Md Lazam untuk terus memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi seterusnya dapat menyumbang bakti kepada Fakulti dan Universiti. 
 
Sebagaimana semua warga Fakulti telah memberi kerjasama dan sokongan kepada Dr Nurin Haniah Asmuni semasa menjawat jawatan tersebut, saya juga berharap agar sokongan padu dapat diberi kepada Dr Norazliani Md Lazam dalam melaksanakan tugas sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Aktuari, FSKM. 

Sekian, Selamat Menjalankan  Tugas.  Terima kasih. 
 

User Statistics

Today 147

Yesterday 606

Week 753

Month 3086

All 821633

Currently are 12 guests and no members online

Contact Us

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
BANGUNAN AL-KHAWARIZMI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM SELANGOR.


Email: dean@fskm.uitm.edu.my

Phone: 603-55435329

Fax: 603-55435501