PROGRAM KOMUNITI MINI KARNIVAL MASJID-FSKM 2017

Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al Ehsan Seksyen 24 Shah Alam serta pihak industri sekali lagi telah berjaya menganjurkan program komuniti iaitu Mini Karnival Masjid yang dirasmikan oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Hj. Zaini Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (ICAeN) UiTM pada 26 November, 2017 (Ahad) yang bertempat di Masjid Al Ehsan Seksyen 24 Shah Alam.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung.  Antaranya penganjuran sukan rakyat dan cabutan bertuah. Disamping itu, FSKM juga berkesempatan mengumpul data kesihatan komuniti Seksyen 24 Shah Alam melalui aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma dengan kerjasama Poliklinik An-Nisa’. Aktiviti kemuncak dalam program ini ialah perasmian bilik ‘1 Telecenter 1 Komuniti (1T1K)’ dimana pihak FSKM telah berjaya mengumpulkan sejumlah komputer terpakai yang disumbangkan oleh pelbagai syarikat dan ditambahnilai kualiti setiap komputer tersebut oleh pelajar-pelajar FSKM sendiri.

Akhir sekali, warga FSKM ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga UiTM, pihak industri, komuniti Seksyen 24 Shah Alam dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Mini Karnival Masjid Seksyen 24 Shah Alam. Semoga kita dapat bekerjasama sekali lagi dalam aktiviti-aktiviti yang akan datang.

User Statistics

Today 25

Yesterday 606

Week 631

Month 2964

All 821511

Currently are 3 guests and no members online

Contact Us

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
BANGUNAN AL-KHAWARIZMI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM SELANGOR.


Email: dean@fskm.uitm.edu.my

Phone: 603-55435329

Fax: 603-55435501