FSKM Student Champion at CIMB Data Science Challenge 2017

Tahniah kepada pelajar dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM dengan memenangi CIMB Data Science Challenge 2017 yang dianjurkan oleh CIMB dengan kerjasama SAS Malaysia dan MDEC. CIMB Data Science Challenge menguji peserta dengan pengetahuan penyediaan data, analisis dan permodelan data. Melalui pertandingan ini, peserta didedahkan kepada cabaran dunia sebenar dan data dunia sebenar, dan dikehendaki menyelesaikan masalah perniagaan yang sebenar menggunakan perisikan perniagaan dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sains.

CIMB Data Science Challenge 2017 telah diadakan di Vertical Hotel, Bangsar South, Kuala Lumpur. Daripada 987 pemohon ditapis sehingga 72 pesaing dan kemudian dibahagikan kepada 24 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang pelajar daripada universiti yang berbeza. Seramai 21 universiti mengambil bahagian dan 6 peserta dari UiTM telah layak ke peringkat akhir. Juara (Champion) Cimb Data Science Challenge 2017 memperolehi wang tunai sebanyak RM12,000, 1st runner-up (RM8,000), 2nd runner-up (RM5,000), 3rd runner-up (RM2,500), 4th runner-up (RM1,500) dan 5th runner-up (RM1,000).

Pelajar UiTM berjaya merangkul gelaran juara, 2nd runner-up, 3rd runner-up dan 4th runner-up.

Juara : Mimi Nur Amalina bt Mohd Jasmimi (3 dari kiri), pelajar Sarjana Sains Kuantitatif, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM bersama ahli kumpulan dari UTAR dan UTM.


2nd runner-up : Noor Fatin Atikah bt Norazman (3 dari kiri), pelajar Ijazah Sarjana Muda Statistik, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM bersama ahli kumpulan dari UTAR dan UTM.


3rd runner-up : Muhammad Syafiq b Mohd Zaki (kanan) pelajar Sarjana Sains Kuantitatif, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM bersama ahli kumpulan dari UTAR


4th runner-up : Muhammad Ariff b Yasri (2 dari kanan) pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Kejuruteraan Sistem Pintar, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM bersama ahli kumpulan dari UTAR


Kesemua peserta UiTM bergambar bersama Dr Shaharuddin Cik Soh (Timbalan Dekan HEP, FSKM), Prof Yap Bee Wah, Dr Sarifah Radiah Sharif, Pn Haliza Hasan dan Cik Zuraidah Derasit (Penasihat Kelab InStats)


Pemenang bergambar bersama Datuk Hamidah Naziadin (barisan kedua, tengah) Ketua Pegawai Kakitangan CIMB Group


Kesemua 72 peserta akhir daripada 21 universiti bergambar bersama kakitangan CIMB, MDEC, SAS Malaysia, pensyarah dan urusetia yang terlibat dalam menjayakan CIMB Data Science Challenge 2017

User Statistics

Today 30

Yesterday 375

Week 30

Month 11128

All 817317

Currently are 3 guests and no members online

Contact Us

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
BANGUNAN AL-KHAWARIZMI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM SELANGOR.


Email: dean@fskm.uitm.edu.my

Phone: 603-55435329

Fax: 603-55435501