Tahniah Dr. Natrah Atas Pelantikan Ketua Pusat Pengajian Teknologi Maklumat

 

Sukacita dimaklumkan Dr. Natrah Abdullah @ Dollah telah dilantik sebagai Ketua Pusat Pengajian Teknologi Maklumat FSKM menggantikan Profesor Madya Dr. Anitawati Mohd Lokman bermula 15 Mei 2017 sehingga 14 Mei 2019. Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Natrah Abdullah @ Dollah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Anitawati Mohd Lokman atas khidmat yang telah diberikan.