Program Kem SMART TP1B Siri 3

Program Kem SMART TP1B, Siri 3 telah dijalankan pada 20 hingga 23 Mac 2017 yang lalu di ILD, Bandar Enstek, Nilai.  Program ini dipengerusikan oleh Datin Seri Azlina Ahmad, yang merupakan alumni Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM.  

Peserta-peserta kem adalah terdiri daripada lebih kurang 100 pelajar tingkatan 4 dan 5 yang terpilih, berpotensi dan cemerlang dari sekolah-sekolah luar bandar.   Mereka adalah daripada keluarga kurang berkemampuan yang telah dikenal pasti oleh pihak sekolah. Program ini bertujuan untuk memberi motivasi, teknik untuk menjawab dan latih tubi kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 dalam beberapa mata pelajaran.

Seramai enam orang pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM dari Program Sarjana Muda (Hon.) Matematik telah menjadi fasilitator kepada pelajar tingkatan 5 untuk mata pelajaran Matematik Tambahan.  Program bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang pada 21 Mac 2017.   Para pelajar menunjukkan komitmen yang tinggi dan sangat bersemangat untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta.  Disamping itu pelajar dapat berkenalan dengan peserta-peserta dan menimba ilmu daripada ceramah motivasi yang mereka turut serta.

Aktiviti khidmat sosial sebegini diharap dapat diteruskan lagi dan dapat menjangkau kepada kumpulan sasaran yang lebih luas dan yang memerlukan.  

Berikut ialah senarai pelajar dari Fakulti Sains Komputer & Matematik, UiTM kumpulan CS2494B yang telah sama-sama menjayakan program Kem SMART ini:

1. Saudara Muhammad Zaki b Rosli
2. Saudara Mohd Syazreen b Zulkifli
3. Cik Asmawati bt Selamat
4. Cik Nur Syafiqah bt Zainuddin
5. Cik Nur Liyana bt Rosli
6. Cik Nur Anis Farhan bt Hafendi

Pensyarah pengiring: PM Dr Hamidah Maidinsah

 

User Statistics

Today 50

Yesterday 606

Week 656

Month 2989

All 821536

Currently are 4 guests and no members online

Contact Us

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
BANGUNAN AL-KHAWARIZMI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM SELANGOR.


Email: dean@fskm.uitm.edu.my

Phone: 603-55435329

Fax: 603-55435501