Kejayaan Penyelidik UiTM Di Anugerah Harta Intelek Negara 2016

SHAH ALAM, 02 Ogos - Penyelidik Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berjaya memenangi anugerah Gangsa bagi kategori Hak Cipta pada majlis Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN 2016), bersempena Hari Harta Intelek Negara 2016.

Kumpulan yang terdiri daripada pensyarah Fakulti Sains Komputer & Matematik, UiTM Shah Alam; Prof. Madya Dr. Anitawati Mohd Lokman, Azhar Abd Aziz, Afiza Ismail, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir serta Fateen Faiq Mislan Moganan, menghasilkan rekacipta 'ITourism Travel Buddy Mobile Application' iaitu aplikasi dalam talian yang menawarkan informasi berkaitan industri pelancongan di Malaysia dalam bentuk interaktif dan mudah difahami.

Pemenang berjaya membawa pulang piala, wang tunai bernilai RM 5,000 dan sijil yang disampaikan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), YB Dato' Seri Hamzah Zainudin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut hadir, Timbalan Menteri KPDNKK, YB Dato' Henry Sum Agong serta Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Dato’ Shamsiah Kamaruddin.

ITourism Travel Buddy Mobile Application merupakan aplikasi dalam talian yang menawarkan kandungan informatif berkenaan destinasi pelancongan di Malaysia. Pengguna boleh mendapatkan maklumat seperti Hotspots iaitu senarai destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Selain itu, fungsi Utilities dapat membantu pelancong khususnya dari luar negara untuk mempelajari bahasa tempatan. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store untuk pelantar Android atau Apple Apps Store bagi pengguna pelantar IOS. Maklumat lanjut berkenaan aplikasi ini boleh dilayari melalui laman web http://itourism.com.my.

User Statistics

Today 10

Yesterday 554

Week 2271

Month 1011

All 819558

Currently are 12 guests and no members online

Contact Us

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
BANGUNAN AL-KHAWARIZMI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM SELANGOR.


Email: dean@fskm.uitm.edu.my

Phone: 603-55435329

Fax: 603-55435501