FSKM Mendepani Revolusi Industri 4.0 Melalui Pemerkasaan Budaya Inovasi

 

Tahun 2020 menyaksikan FSKM menghasilkan pelbagai inovasi yang kreatif . Pembudayaan inovasi FSKM dipertingkatkan apabila sejumlah 22 produk FSKM telah berjaya menerima perlindungan hak cipta. Produk-produk ini dihasilkan dengan memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) .

Produk-produk FSKM yang dihasilkan menggunakan teknologi terkini seperti analitik data raya. Produk Covid-19 Database for Malaysia Covid-19 Updates Dashboard (diketuai oleh Profesor Dr Yap Bee Wah)  memaparkan kes Covid-19 yang aktif mengikut daerah dan negeri yang boleh mambantu pembuat keputusan organisasi masyarakat membuat keputusan yang lebih tepat. Caprice Used Car Price Prediction  Apps Using Data Analytics (diketuai oleh Puan Ezzatul Akmal Kamaru-zaman) menyediakan visualisasi maklumat perbandingan kereta untuk rujukan sepusat pemasar dan pembeli kereta. Data Visualization for Multimedia Super Corridor Malaysia using Dot Distribution Maps (diketuai oleh Dr Mohd Suffian Sulaiman) memaparkan lokasi syarikat-syarikat Multimedia Super Corridor (MSC) di Lembah Klang dengan cara yang lebih mudah difahami.

Selain itu, produk-produk FSKM ini turut mengaplikasikan teknologi rangkaian komputer seperti Mobile VPN For Unstructured Network over Broadband (diketuai oleh Dr Kamarudddin Mamat) .Produk-produk yang dinamakan A Web-based Temperature and Humidity Tracking for Fermentation Process of Tempe using Wireless Sensor Network (diketuai oleh Dr Kamarudddin Mamat) dan Climate Control System for Oyster Mushroom Cultivation in Malaysia using IOT Technology (diketuai oleh Encik Muhammad Azizi Mohd Ariffin) menggunakan teknologi objek rangkaian internet (IOT) dan rangkaian tanpa wayar untuk menambahbaik teknik-teknik pertanian. Acoustic Surveillance Intrusion Detection System (ASIDs) for Wildlife Reservation (Prof. Madya Ts. Dr Marina Yusoff) pula membolehkan penceroboh kawasan perlindungan hidupan liar dikesan berasaskan sistem pengesanan bunyi.

Penggunaan teknologi kepintaran buatan diaplikasikan dalam produk Pricecop (diketuai oleh Dr Sofianita Mutalib) yang membantu pelanggan mencari, memantau dan meramal harga produk-produk kegemaran mereka di Amazon.com. Produk My Knee: Screen your ACL Injury Risk (diketuai oleh Dr Azliza Mohd Ali) pula menggunakan convolutional neural network bertujuan mengenalpasti kecederaan ligamen kestabilan sendi lutut  (Anterior Cruciate Ligament).

 

Penggunaan konsep dalam bidang matematik dan sains aktuari menyumbang kepada keperluan  kumpulan-kumpulan  tertentu. Dr Sumarni Abu Bakar bersama ahli kumpulan beliau membangunkan Interactive Control Output Chemical Species Estimator for Combustion Process (ICOS) dan Interactive Control Output Chemical Species Estimator (iCOSYS) of a Clinical Waste Incineration Process dengan mengaplikasikan konsep Fuzzy Autocatalytic Set bagi meramalkan spesis kimia yang terhasil di dalam sebarang proses yang melibatkan pembakaran termasuklah pembakaran bahan buangan klinikal. Dr Norazliani Md Lazam menggunakan konsep sains aktuari dalam produk Civil Servant Mortality Calculator (CSMC) bagi membuat anggaran pengiraan jangka hayat penjawat awam supaya pembahagian manfaat sosial berdasarkan pendapatan dapat dirangka dengan baik oleh kerajaan dan  syarikat insuran kesihatan.

FSKM turut menginovasikan produk yang membantu dalam pelajar dalam  pembelajaran. O-I-See Tool: Project Ideation Canvas dibangunkan dan digunakan oleh Dr Afdallyna Fathiyah Harun untuk membantu pelajar memperhalusi idea dalam pembangunan projek tahun akhir. Selain itu, Augmented Massive Open Online Course (A-MOOC) (diketuai oleh Puan Erny Arniza Ahmad) menggunakan realiti terimbuh (augmented reality) untuk meningkat keterlibatan pembelajaran pelajar. Aplikasi KitaFSKM( diketuai oleh Dr Ts Maslina Abd Aziz) membantu pelajar, pensyarah dan kakitangan pentadbiran FSKM mendapatkan maklumat yang tepat dan cepat sebagai respon kepada pandemik Covid-19 supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik.

Inovasi FSKM mempunyai sumbangan yang signifikan dalam bidang keagamaan. Mobile Application for Malay Hadith Search Engine oleh Prof. Madya Ts. Dr Nurazzah Abd Rahman membantu pencarian hadis Al-Quran dalam bahasa Melayu manakala E-Mutawwif: Mobile Application for Mutawwif to Track Location and Attentive Pilgrims ( diketuai oleh Prof. Madya Ts Dr Nasiroh Omar) boleh digunakan  untuk para jemaah haji  untuk menghubungi mutawwif apabila memerlukan bantuan. Mutawwif boleh menjejak lokasi jemaah tersebut dan boleh menghulurkan bantuan segera melalui navigasi lokasi jemaah tersebut  tanpa perlu membuat panggilan telefon.

Produk yang terhasil turut mengambilkira pendidikan golongan kanak-kanak. Sebagai contoh , kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Madya Dr Wan Rahim Mohd Isa membangunkan dua aplikasi mudah alih  untuk membantu kanak-kanak mempelajari penjagaan gigi mengikuti budaya Melayu dan juga Islam iaitu Mobile Game Based Learning Application for Preschool Children on Oral Health Education using Malay Culture Elements (KENALI GIGI) dan Mobile-Game Based Learning Application For  Kindergarten’s Children On Oral Health Education Using Islamic Culture (Doktor Gigi) .  Dr Afdallyna Fathiyah Harun membangunkan Aplikasi Mudah Alih yang dinamakan Learning Figurine 1.5 Multilingual Tangible User Interface to Learn Simple Greetings untuk membantu kanak-kanak mempelajari ucapan ringkas dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Beliau juga membangunkan Cendekia Warisan: Interactive Playmat to Explore Islamic Heritage untuk kanak-kanak mengenali warisan Islam melalui konsep permainan Ular dan Tangga dan paparan kuiz soalan Islamik di aplikasi mudah alih tersebut.

Budaya inovasi di FSKM akan diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi dari semasa ke semasa. Inovasi FSKM sejajar dengan cetusan Revolusi Industri keempat (IR 4.0) yang menggunakan teknologi pengkomputeran dan sains matematik yang baharu  sebagai bukti kebolehan pensyarah dan pelajar FSKM yang kreatif , berdaya saing , tersedia masa hadapan serta kekal menyumbang manfaat kepada komuniti dan alam sekitar.

 

 

 

User Statistics

Today 28

Yesterday 397

Week 1869

Month 10004

All 984607

Currently are 12 guests and no members online

Contact Us

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
BANGUNAN AL-KHAWARIZMI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM SELANGOR.


Email: dean@fskm.uitm.edu.my

Phone: 603-55435329

Fax: 603-55435501