Bengkel Capture the Flag 2.0

Pada 22-23 Januari 2020, Kelab Nets telah menganjurkan Bengkel Capture the Flag 2.0 di makmal 18 FSKM. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang bahaya jenayah siber di kalangan peserta.

Beberapa ceramah telah disampaikan sepanjang bengkel ini. Saudara Ahmad Asyraf bin Ahmad menyampaikan ceramah yang bertajuk Wargames.my dan Web Bounty. Saudara Mohd Shahril Mohd Zainol pula menyampaikan ceramah bertajuk Reverse Engineering. Sejumlah 23 orang pelajar telah menyertai bengkel ini.