Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Teknologi MARA dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM)

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Teknologi MARA dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM)

 

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Prof / Dato'/ Datuk/ Datin Paduka / Prof/ Dr/Tuan/ Puan

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Teknologi MARA dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) telah  berlangsung pada 2 April 2019 di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur. Memorandum ini ditandatangani oleh Profesor Ts. Dr Haji Mohamad Kamal bin Haji Harun, Tmbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UiTM dan Puan Feilina binti Muhammad Feisol, Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM). Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  bersempena Program  Hari Kesedaran Autism Sedunia 2019. Tujuan MoA ini adalah untuk menubuhkan sebuah pusat setempat maklumat dan pakar rujuk berkenaan perihal data, kepakaran dan penyelidikan berkaitan komuniti autistik di Malaysia bernama National Autism Resource Centre (NARC) yang bernaung di bawah Fakulti Sains Komputer dan Matematik. UiTM Shah Alam. UiTM juga telah menerima Anugerah Penyelidikan Autism sebagai institusi pendidikan tinggi yang terbanyak menghasilkan penerbitan berindeks berkaitan autisme.Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Profesor Dr. Hadariah Bahron, Penolong Naib Canselor (Penyelidikan), Profesor Ts. Dr. Haryani Haron, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Matematik, ahli NARC dan para penyelidik UiTM. Pihak NARC mengambil kesempatan ini untuk menjemput kakitangan akademik, pentadbiran dan pelajar yang ingin menyumbang tenaga dan melakukan projek, penyelidikan, aktiviti dan khidmat nasihat berkaitan autisme untuk menhubungi kami di talian 03-5543 5330 atau di emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Prof Dr. Nursuriati Jamil SMIEEE, FPECAMP

Pengarah

National Autism Resource Centre (NARC)

Faculty of Computer and Mathematical Sciences

Universiti Teknologi MARA

User Statistics

Today 870

Yesterday 1061

Week 870

Month 9260

All 56183

Currently are 22 guests and no members online

Contact Us

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
BANGUNAN AL-KHAWARIZMI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM SELANGOR.


Email: dean@fskm.uitm.edu.my

Phone: 603-55435329

Fax: 603-55435501

     

Menu Utama