FSKM dinobatkan Kontinjen Terbaik IIDEX 2020

4 Februari 2021 amat bermakna buat FSKM apabila diumumkan sebagai Kontinjen Terbaik IIDEX 2020. Keputusan ini diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi , UiTM,  Yang Berbahagia Prof. Dr Nazip Suratman pada sesi Town Hall Gemilang 2020 Navigasi 2021.

Kontinjen FSKM yang diketuai oleh Prof. Madya Ts Dr Nurazzah Abd Rahman  berjaya mengutip 6 pingat emas dan 4 pingat perak.  Kontinjen FSKM terdiri daripada 10 kumpulan iaitu :

Tajuk: Civil Servant Mortality Calculator (CSMC)
Pingat : Emas
Ketua : Dr Norazliani Md Lazam
Ahli:  Syazreen Niza Shair, Dr Shamshimah Samsuddin, Dr Aida Yuzi Yusof dan Encik Muhammad Hazrani Abdul Halim

Tajuk: Augmented Massive Open Online Course (A-MOOC)
Pingat : Emas
Ketua :Puan Erny Arniza Ahmad

Tajuk: River Bifurcation Model for Flood Mitigation
Pingat : Emas
Ketua : Dr. Iskandar Shah Mohd Zawawi
Ahli: Nur Lina Abdullah

Tajuk: PriceCop – Search, Monitor and Predict Prices of Your Favourite Products on Amazon
Pingat : Emas
Ketua : Mohamed Zaim Shahrel
Ahli: Dr Sofianita Mutalib, bdul Khaiyum Baharom , Encik Mohd Razif Shamsuddin dan PM Ts Dr Shuzlina Abdul Rahman

Tajuk: Caprice-Used Car Price Prediction Apps using Data Analytics
Pingat : Emas
Ketua : Nur Musfirah Noor Afandi
Ahli: Puan Ezzatul Akmal Kamaruzaman, Muhammad Affiq Azrin dan Mohd Amieruddin Zuki

Tajuk: Malaysia Covid_19 Updates Dashboard
Pingat : Perak
Ketua : Prof. Dr. Yap Bee Wah
Ahli: Profesor Ts Dr Haryani Haron , Aida Wati Zainan Abidin, Dr. Fakhrul Hazman Yusoff dan Ng Wei Keong

Tajuk: STaRT – Sae’i And Tawaf Ritual Tracker
Pingat : Perak
Ketua : Dr. Suzana Ahmad
Ahli: Muhammad Syakir Zanuddin , Dr. Marina Ismail, Dr. Norizan Mat Diah dan Maz Raihan

Tajuk: Data Visualization for Multimedia Super Corridor Malaysia using Dot Distribution Maps
Pingat : Perak
Ketua : Amira Yasmin Raimey
Ahli: Dr. Mohd Suffian Sulaiman dan Nur Fazlen Idayu Jaharuddin

Tajuk: MY KNEE – Screen Your ACL Injury Risk
Pingat : Perak
Ketua : Natasha Nazamil
Ahli: Nurzeatul Hamimah Abdul Hamid, Natasha Nazamil, Dr. Raihana Sharir dan Dr. Azliza Mohd Ali

Kemenangan ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan padu pengurusan atasan FSKM khususnya Dekan FSKM , Prof. Ts Dr Haryani Haron,  pihak pengurusan Penyelidikan , Jaringan Industri dan Masyarakat FSKM, Prof Madya Ts Dr Marina Yusof (mantan Timbalan Dekan PJI), Prof. Madya Dr Elaiza Abdul Khalid (mantan Koordinator Penyelidikan) dan juri dalaman FSKM yang diketuai oleh Profesor Ts. Dr Nursuriati Jamil.

Pada majlis yang sama, Yang Berbahagia Prof. Dr Nazip Suratman turut mengumumkan senarai 10 pensyarah UiTM yang paling banyak menyumbang kepada penerbitan journal Scopus/WoS. FSKM amat berbangga apabila salah seorang pensyarah FSKM, Prof. Madya Ts Dr Wan Abdul Rahim Wan Mohd Isa merupakan salah seorang yang tersenarai.

Kejayaan ini sudah pasti menjadi pemangkin semangat buat semua warga FSKM untuk sentiasa berinovatif dan proaktif dalam menyediakan solusi teknologi berimpak. FSKM akan terus menyuntik semangat di kalangan warganya untuk mempertingkat inisiatif pemerkasaan inovasi dan penyelidikan ke arah kecemerlangan global.

User Statistics

Today 468

Yesterday 544

Week 1012

Month 1381

All 96386

Currently are 40 guests and no members online

Contact Us

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
BANGUNAN AL-KHAWARIZMI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM SELANGOR.


Email: dean@fskm.uitm.edu.my

Phone: 603-55435329

Fax: 603-55435501

     

Menu Utama