Profil

 
Fakulti ini bermula pada tahun 1966, yang mana pada masa itu dikenali sebagai Kajian ASMEC iaitu singkatan bagi Actuarial Science, Statistics, Mathematics, Econometrics, and Cybernetics dan beroperasi di Kampus Dewan Latihan RIDA, Jalan Othman, Petaling Jaya. Ia mengendali program luaran untuk para pelajar menduduki peperiksaan Institute of Statisticians, United Kingdom dan Institute of Actuaries, United Kingdom. Pada tahun 1969, Kajian ASMEC mengorak langkah dengan menawarkan program dalaman pertamanya iaitu Diploma Sains Komputer. Dengan penawaran program diploma ini, Institut Teknologi MARA (ITM) menjadi institusi akademik pertama di Malaysia yang menawarkan program dalam bidang Sains Komputer. Sambutan bagi program dalaman pada ketika itu adalah lebih menggalakkan berbanding dengan program luaran. Pada tahun 1970, Kajian ASMEC berpindah ke Bangunan Menara di Kampus Shah Alam dan pada tahun 1974 pula, Kajian ASMEC dinamakan Kajian Sains Matematik dan Komputer (KSMK). Secara beransur-ansur program luaran digantikan dengan program diploma dalaman. Lulusan daripada program Diploma ini berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Lanjutan yang setara dengan Ijazah Sarjana Muda. Diploma Lanjutan Statistik mula ditawarkan pada tahun 1980. Ini diikuti dengan penawaran program usaha sama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1985 iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Komputer) ITMUKM.

Pada bulan Jun 1996, fakulti ini mempunyai bangunan baharu sendiri yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur pengkomputeran dan perangkaian di Kampus Shah Alam. Pada tahun 1997, nama Kajian Sains Matematik dan Komputer (KSMK) ditukar kepada Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif (FTMSK). Pada tahun 2009, FTMSK bertukar nama kepada Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM). Program FSKM terus berkembang berikutan dengan penubuhan beberapa kampus di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI). Program peringkat Diploma dan Sarjana Muda mula ditawarkan di tiga kampus iaitu di Kampus PFI Seremban 3, Tapah dan Jasin pada tahun 2012 dan di Kampus PFI Raub pada tahun 2015. 

User Statistics

Today 767

Yesterday 1012

Week 3715

Month 26209

All 804125

Currently are 26 guests and no members online

Contact Us

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
BANGUNAN AL-KHAWARIZMI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM SELANGOR.


Email: dean@fskm.uitm.edu.my

Phone: 603-55435329

Fax: 603-55435501

     

Menu Utama