CYBERSECURITY AND DIGITAL FORENSIC COMPETENCE CENTER
Pusat ini bertujuan untuk mengembangkan bakat menjadi profesional kompeten di dalam keselamatan siber dan forensik digital, yang melindungi dan memperkuatkan organisasi Malaysia daripada serangan siber yang kian meningkat. Melalui program Elevating IT Education (ELITE), graduan disediakan dengan kursus-kursus relevan dengan kehendak industri agar graduan siap-siaga dengan keperluan kerjaya di dalam bidang perniagaan, kerajaan, dan industri teknologi. Kursus-kursus ini telah dirancang untuk mengatasi jurang antara kesediaan graduan dan kehendak minimum industri. Pusat ini akan mempunyai komponen utama yang disebut Security Operational Center (SOC) Management Appliance yang menyediakan 100 juta pemprosesan data setiap hari. SOC Management Appliance mempunyai beberapa modul seperti Security Analysis Module Global, Threat Intelligence Module, Incident & Asset Management Module, SIEM Correlation Module, Dashboard & Reporting Module. Pusat ini mempunyai beberapa alat forensik digital terkini seperti perisian ENCASE, xForensik Kloner, Voom Hardcopy 3P, dan Tableau Forensic Imager. Pelajar akan berpeluang melakukan pemantauan ancaman, mengenal pasti pelanggaran keselamatan dalaman dan luaran, menjalankan tindak balas dan analisis kejadian, serta lain-lain fungsi yang berkaitan.
|
NATIONAL AUTISM RESEARCH CENTRE Pengerusi: Prof. Dr Nursuriati Jamil Laman Web : https://narc.uitm.edu.my/ Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. NARC adalah hasil gandingan kolaborasi mantap antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Persatuan Autisme Nasional Malaysia (NASOM). NARC berilztizam untuk mengangkat pengiktirafan penubuhannya sebagai sumber sehenti repositori pengetahuan dan rujukan bagi penyelidikan, perkhidmatan, latihan, pengembangan kurikulum, perundingan serta projek berkaitan dengan Individu dengan Autisme (PWA) di Malaysia. Menggunapakai pendekatan kemasyarakatan menyeluruh, NARC sentiasa mengalu-alukan individu, keluarga, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan, akademik, pihak media, organisasi antara kerajaan, institusi keagamaan, sektor swasta dan industri sebagai sumber dan penerima manfaat maklumat dan aktiviti kami. |
ACTUARIAL RESOURCE CENTRE Ketua : Mdm Shamshimah Samsuddin Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Tujuan Actuarial Resource Centre (ARC) adalah untuk memberikan koordinasi dan penyampaian perkhidmatan peperiksaan akademik dan profesional yang lebih baik kepada pelajar melalui pendekatan sistematik dan telus di semua peringkat. Ia juga untuk memperbaiki hubungan dan mengurangkan jurang antara akademik, industri dan badan profesional seperti Institute and Faculty of Actuaries (IFoA), United Kingdom dan Society of Actuaries (SOA), Amerika Syarikat. Dalam jangka masa panjang, ARC akan muncul sebagai pusat pilihan untuk mentadbir dan menguruskan peperiksaan profesional dalam talian dari badan antarabangsa seperti IFoA dan SOA. Ia akan menjadi rujukan untuk semua bahan aktuari saintifik yang berkaitan terutamanya dengan peperiksaan profesional. Pusat ini dirancang untuk menjadi pusat aktif bagi para akademik untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang insurans, Takaful, pencen, pengurusan risiko, kewangan dan bidang yang berkaitan yang menyatukan para penyelidik dan pengamal dari pelbagai bidang dan industri.
|