Pusat Pengajian Pascasiswazah di Fakulti Sains Komputer dan Matematik bertanggungjawab menawarkan program pascasiswazah, termasuk Sarjana Berkursus, Sarjana penyelidikan, dan Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang di bawah Sains Komputer dan Sains Matematik. Program-program ini direka secara holistik, berfokus kepada pendidikan berorientasikan industri, serta memastikan pelajar memiliki kemahiran dan pengetahuan untuk berjaya dalam bidang pilihan mereka. Program berkurus dan penyelidikan kami menggunakan teknologi terkini untuk memperluas ruang pembelajaran serta memberikan pelajar peluang luar biasa untuk meneroka bidang baharu berkaitan kecerdasan buatan, analitik, keselamatan siber, informatika, dan lain-lain. Fasiliti canggih disediakan bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pelaksanaan kurikulum bersepadu. Antara fasiliti yang disediakan termasuk Makmal Data Sains, Pusat Operasi Keselamatan, Makmal Forensik Digital, Makmal IoT, Makmal Sistem Maklumat Pintar, Pusat Aktuari, dan Pusat Maple UiTM, serta lain-lain. Beberapa fasiliti ini melibatkan inisiatif pelaburan bersama dengan rakan industri dan komuniti.