Satu webinar anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Komputer dan Matematik telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Oktober 2020, jam 8:30 pagi hingga 12:00 tengah hari secara online (Webex Event). Perkongsian saudara Muhammad Syafik Rahmat dan saudara Amir Firdaus Eddy Rosyadie mengenai ilmu dan pengalaman kepimpinan dalam menganjurkan program berimpak adalah sangat menarik dan bermakna buat pelajar-pelajar FSKM secara amnya dan juga pelajar-pelajar yang memegang jawatan tertinggi bagi kelab dalaman FSKM sendiri.
Antara isi perkongsian bagi webinar ini adalah kolaborasi dengan industri, penglibatan komuniti, mendapat liputan media dan mendapat tajaan dari luar adalah kunci kepada program berimpak. Selain itu, untuk menjadi pemimpin yang mampu menganjurkan program berimpak, seseorang itu memerlukan karakter kepimpinan yang berwibawa, mampu menyelesaikan masalah dengan cepat, pembahagian tugas dengan berkesan, amanah terhadap tugas, berdisplin, rajin, bertanggungjawab dan yang paling penting dapat menguruskan masa dengan baik dan sentiasa konsisten dalam setiap perkara yang dilakukan baik dari segi akademik dan juga aktiviti berpersatuan.
Selain itu, turut membanggakan adalah kehadiran seramai 142 pelajar yang telah menyertai webinar ini. Semoga webinar ini memberi impak yang positif dalam usaha para pelajar UiTM secara amnya untuk menjadi seorang tokoh pemimpin muda yang hebat untuk universiti dan juga negara.
Penulis: Dr Adzhar Rambli, PM Dr Shaharuddin Cik Soh, Puan Sanizah Ahmad, Mohamad Haiqal Bin Sidek, Muhammad Haziq Aiman Bin Hafiz dan Haziq Bin Horaizat.