UCAPAN PENGHARGAAN DAN TAHNIAH KETUA PUSAT PENGAJIAN SAINS AKTUARI
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Terlebih dahulu saya bagi pihak Fakulti ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Nurin Haniah Asmuni di atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah diberikan kepada Fakulti sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Aktuari, FSKM yang telah tamat pada 31 Ogos 2018. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni yang telah beliau laksanakan. Pihak Fakulti mendoakan agar beliau dapat terus menyumbangkan pendapat dan buah fikiran agar dapat mengukuhkan lagi struktur akademik di FSKM khususnya dalam bidang Sains Aktuari.
Sukacita Fakulti mengucapkan tahniah kepada Dr Norazliani Md Lazam atas lantikan sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Aktuari, FSKM bagi tempoh dua (2) tahun berkuatkuasa pada 03 September 2018 hingga 03 Ogos 2020. Fakulti berharap dengan pelantikan ini akan mendorong Dr Norazliani Md Lazam untuk terus memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi seterusnya dapat menyumbang bakti kepada Fakulti dan Universiti.
Sebagaimana semua warga Fakulti telah memberi kerjasama dan sokongan kepada Dr Nurin Haniah Asmuni semasa menjawat jawatan tersebut, saya juga berharap agar sokongan padu dapat diberi kepada Dr Norazliani Md Lazam dalam melaksanakan tugas sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Aktuari, FSKM.
Sekian, Selamat Menjalankan Tugas. Terima kasih.